MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004 |
MAKIN banyak orang nampak bahawa ‘GELABAH’ sedang menghantui regim Mahathir Mohammad
apabila disebut saja parti Pembangkang bergerak cergas menuntut rakyat mengamalkan
Demokrasi bebas. Sejajar dengan itu, Rakyat juga terang-terang menuntut supaya hak asasi
rakyat massa di negara ini supaya regim Mahathir jangan cuba sekat.
Akhirnya, makin
nampak, regim ini berusaha sungguh-sungguh untuk membunuh dan membinasakan amalan
Demokrasi dan Kebebasan, walaupun atas hal yang hak selari dengan Hak Asasi Manusia
sejagat.
Mahathir Makin Gelabah Amat
Lawatan YB Datin
Seri Wan Azizah dan beberapa pemimpin tunjang parti KeADILan Nasional ke Indonesia
mengharu-birukan regim ini. Padahal, Mahathir dan beberapa orang “tegap” pernah
beberapa bulan dulu melakukan lawatan yang sama dengan sebuah rombongan. Beliau
berkesempatan memperbaharui tuduhan dan fitnah beliau (walaupun tanpa bukti) terhadap DS
Anwar.
Malangnya, kerana Mahathir tidak mampu meyakinkan pihak kepimpinan Indonesia
yang pengetahuan tentang ragam politik di Malaysia, khususnya mengenai PEMBOHONGAN beliau,
maka tidak ada sebarang komen dari sesiapa di sana.
Sebaliknya, lawatan YB Datin
Seri Wan Azizah beberapa hari dulu telah menyebabkan regim Mahathir membayangkan ugutan
melalui Duta Besar Malaysia ke Jakarta yang dilapurkan sebagai berkata, “bisa
membahayakan hubungan Indonesia-Malaysia”. (Kompas On-line, Jumaat 26, Mei 2000).
Sekaligus,
beberapa penulis rencana upahan Mahathir di akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia menulis
memburuk-burukkan beberapa pihak; berbangkit dari lawatan itu. Jika komen itu berbentuk
‘rencana’, dari segi kewartawanan ia bermakna suatu ‘kesengajaan’ (deliberate).
Usaha seumpama itu ditafsirkan melebihi kapasiti kewartawanan biasa. Selalunya, ada
“orang atas” yang mengarahkan, paling kurang memberi ‘green-light’, bukan
‘amber’. Cuma, kita tidak pasti siapa dia. Tapi orang tahu, kerana di negara ini siapa
dia “orang berkuasa” kalau tidak “orang itu:..!!
DS Wan Azizah
Makin Menyinar
Nah!! Begitulah hebatnya parti KeADILan Nasional dari kaca mata
regim Mahathir (bukan setakat rakyat saja). Kebetulan Datin Seri Wan Azizah adalah isteri
Anwar. Itu lagi Mahathir bimbang.
Berkata seorang diplomat asing, “That makes
Mahathir nervous..!!”. Menjawab rakannya, seorang Korporat anak tempatan, “That makes
things change from bad to worse..!!” Mereka ketawa berdekah-dekah sambil menikmati
jamuan Hi-T yang terhidang di Kedutaan itu.
Bagi pihak Indonesia, lawatan Datin
Seri Wan Azizah dan rombongannya tidak lebih dari kunjungan hormat dari seorang pemimpin
dan wakil rakyat sebuah parti politik yang sedang meningkat pengaruh di negara jirannya
ini. Jika kita di Malaysia memiliki budaya yang sama dalam kelompok Nusantara, sebagai
jiran – tetamu wajar disambut, dilayan dan diajak berbicara.
Hairan juga kita
memikirkannya: bagaimana mungkin regim Mahathir menafikan budaya Melayu nusantara yang
sehalus dan selunak itu, berbudi bahasa. Apakah regim Mahathir ini sudah hilang sopan dan
kemasyarakatan Melayu mereka? Tak tau lah!! Mungkin kerana Mahathir masih teguh dengan
resam budaya dan pemikiran “mamak tongkang” keturunan India nya.
Maksudnya,
orang lain jangan dihormati lagi kerana “semua orang lain di bawahnya adalah kecil-kecil
belaka, kecuali dirinya kalau sudah jadi “tuan besar”…!!” Sebaliknya, kalau
dirinya di bawah, dialah orang yang paling “tidak boleh dipercayai”. Sehabis-habis
buruk perangainya. Tengok saja “Raja Mandeliar” dan “Si Kitul” durjana. Tidakkah
Bendahara Seri Maharaja TERBUNUH kerana KONSPIRASI mereka berdua? Kedua-dua manusia
“gampang” itu memang patut sangat di kumum SULA!!
Mengapa
KeADILan Digeruni Mahathir?
Dari insiden pertemuan Duta Besar Malaysia
dengan Ketua DPR Akbar Tandjung, Kamis (25/5). (akbar Indonesia), ulasan beliau
mencerminkan kepada semua pihak bahawa ‘Anwar ada dimana-mana’.
YB Datin Seri
Wan Azizah dan rombongannya dan parti KeADILan Nasional (yang makin digeruni oleh regim
Mahathir); tidak lebih dari sebuah parti dalam komponen Barisan Alternatif. Hematnya
status parti KeADILan tidak lebih dari komponen yang lain.
Bezanya cuma satu, Wan
Azizah adalah isteri DS Anwar. Tetapi, kalau setakat itu, seharusnya ia tidak menjadi
masalah. Umpamakan saja Siti Hasmah (isteri Mahathir) yang melawat Iraq sedikit masa dulu;
orang tak bising – malah orang tak mahu ambil tahu pun. Orang tak peduli kerana beliau
(Hasmah) ke Iraq ditafsir rakyat sekadar mahu melihat kesan perbuatan ‘kesepakatan’
Mahathir dengan George Bush yang mempersetujui Amerika menghentam Iraq hingga lumpuh..!!
Lawatan Siti Hasmah (isteri Mahathir) pun tidak diharap oleh kerajaan Saddam Hussein;
sebab “it surves no purpose”! Cuma Mahathir saja yang terhegeh macam “belukang
darat”..!!
Tetapi Mahathir menganggap lawatan YB Datin Seri Wan Azizah jauh
berbeza. Memang betul juga. Tentu Mahathir ingat sangat-sangat bahawa rakyat Indonesia
pernah mengalami kepedihan hidup di bawah pemerintahan seorang Diktator. Karenah Soeharto
dengan dasar KKNnya, rakyat tercekik dan kesulitan hidup meningkat. Kerana pengalaman
pahit itu sangat mencengkam hati dan perasaan rakyat Indonesia (waktu itu), adalah logik
dan berpatutan mereka bertukar-tukar fikiran sesama sendiri (dengan Datin Seri Wan
Azizah).
Jika ada orang yang mempertikai dan menyalahertikan lawatan Datin Seri Wan
Azizah; hematnya – siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya!! Tetapi, “Mengapa
harus regim Mahathir menyanggah”? Kecuali regim ini betul-betul termakan “Cili Api”
yang tumbuk lumat-lumat oleh Datin Seri Wan Azizah..!! Pun kita tak tau nak jawab.
Terserahkan kepada regim Mahathir untuk memberitahu kita ‘siapa mereka sebenarnya’..!!
Heheheh…..!! (tumpang saya ketawa sinis bersama kawan-kawan, ya).
Dari perspektif
yang mendatar, Datin Seri Wan Azizah adalah satu-satunya pejuang yang berusaha menegakkan
demokrasi di negara ini. Beliau bukan keseorangan. Beliau adalah bersama Pembangkang lain dalam
Barisannya. Kehebatan Barisan Alternatif memang terserlah. Pilihanraya ke-10 menyaksikan
UMNO yang diterajui Mahathir dengan Barisan Nasional (BN) kecundang besar. Dua puluh (20)
kerusi Parlimen UMNO terbungkas, terlongkop bergelimpangan bagai bangkai-bangkai musuh
yang tersungkur diruduk pedang pihak lawan. Ada yang nyaris hilang deposit. Kalau tidak
kerana MCA dan MIC (dan beberapa pihak lain?) menyelamatkan, harus BN lumpuh hancur-lebur.
Itulah
“kehebatan” inti perjuangan Anwar dalam menegakkan KEADILAN dan menumbangkan KEZALIMAN.
Walaupun ia makin bermaharajalela; namun kesan dari kebusukan pentadbiran regim Mahathir
benar-benar telah memakan jauh ke dalam hati dan sanubari rakyat massa.
Mahathir
“Pemerkosa” Demokrasi Rakyat
Anwar tidaklah bertubuh besar seperti
raksasa. Tetapi jelas beliau terlalu perkasa bagi regim Mahathir. Laungan REFORMASI yang
menjadi teras perjuangan beliau telah mengigit kuping telinga Mahathir yang sampai hari
ini masih "PEKAK dan BENGAP”.
Kebelakangan ini, di Perhimpunan UMNO Mei lalu pun
terang-terang memperjelaskan bahawa Mahathir sudah mulai ditentang oleh pemimpin
Pertengahan dalam partinya sendiri. Tentangan kepimpinan UMNO peringkat pertengahan
terhadap Mahathir mula nampak terkilas sejak beliau mengistiharkan dirinya dan Timbalannya
Abdullah Badawi “menang TANPA bertanding”. Mahathir cuba memaksa UMNO mentafsirkan
‘nasihat sebagai ARAHAN’. Dan Mahathir mahu “undemocratic” sebagai
“democratic”. Ini memperlihatkan sejauh mana konsep “demokrasi” terpelihara oleh
regim ini melalui telunjuk berkaitnya.
Satu contoh yang paling mengesan, terkilan
dan kesal di hati ahli-ahli UMNO ialah, dunia tahu, Tengku Razaleigh Hamzah yang turut dicalonkan
rakyat untuk sama-sama bertanding merebut kerusi Presiden parti sengaja dinyahkan dengan
rencana Mahathir dan kuncu-kuncunya. Padahal, dengan kemasukan Ku Li itu, paling sedikit
mampu memperbaiki imej Mahathir dan UMNO/BN yang makin terpuruk dan rosak binasa.
Tetapi,
kerana ketakutan meragut segenap sarafnya, maka Mahathir melalui satu lagi Konspirasi
Politik juga telah melakukan suatu “perkosaan” terhadap demokrasi dalam UMNO. Amat
malang sekali Mahathir jelas dan ketara dilakukannya di tengah-tengah partinya sendiri.
Rata-rata penyokong UMNO/BN mentafsirkan Mahathir “umpama Penghulu mencuri kambing
rakyat di kampung sendiri”..!! Hehehe…
Jangan diungkitlah apa bentuk
pencerobohan yang dilakukan oleh Mahathir terhadap undang-undang, paksaan para hakim
mahkamah, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Polis; waima Perlembagaan Negara!! Kerana sudah
melampau batas, maka kini tidak ada orang yang percaya lagi tuduhan ke atas DS Anwar. Jika
selama ini cakap Mahathir diyakini dunia sebagai benar.
Jika selama ini Mahathir
setanding dengan jolokan “Wira Dunia Ke-3”, tetapi sekarang makin nampak bahawa
Mahathir “yang itu” juga telah bersalin bulu remang bertukar menjadi “PEROMPAK dan
PEMBOHONG” terkini dalam negaranya!! Kalau benar Mahathir seorang yang jujur dan telus,
masakan orang masih tertanya-tanya, “Mengapa Mahathir TAKUT-KECUT datang ke
Mahkamah?”.
Jadi tidak salah sekarang jika rakyat, negara jiran dan dunia
membayangkan bahawa sebenarnya Mahathir adalah seorang yang sedang memerangkap diri dan
regimnya dalam satu jaringan yang membalut seluruh anggota regimnya hingga hilang
kewibawaan dirinya sebagai seorang pemimpin (mungkin juga sebagai manusia).
DS
Wan Azizah Makin Dicemburui
Lawatan DS Wan Azizah kemana juga mampu menjawab
puluhan soalan bermula dengan “Mengapa… dan seterusnya”. Segala soalan itu dijawab
oleh beliau dengan cukup-cukup memuaskan hati, langsung meyakinkan pihak yang bertanya.
Puncanya, jawapan DS Wan Azizah itu berteraskan kebenaran, ketelusan dan BUKAN fitnah
beragenda.
Berbanding dengan Mahathir pula. Pun beliau terus-menerus melakukan
puluhan lawatan keluar negara. Contohnya, beliau ke Jepun sebaik saja Anwar dipukul dan
dibelasah di dalam lokap oleh seorang yang menyandang fungsi dan tugas sebagai Ketua Polis
Negara – repeat: Ketua Polis Negara. Mahathir serta-merta menafikan. Jongos-jongosnya
seperti Rais Yatim yang berkelulusan Ph.D (yang kemaruk dan cemburu dengan perlantikan
Ibrahim Ali jadi Timbalan Menteri), terus tampil ke kaca TV memberi versinya. Mungkin Rais
mengharapkan, jawatan Ibrahim “Katak” akan dialih oleh Mahathir kepadanya.
Mahathir
terus menuduh Anwar mencederakan diri sendiri. Orang mulai tidak percaya. Anwar adalah
seorang yang teguh memegang prinsip ugama. Orang yakin bahawa Mahathir memang tahu perkara
sebenar. Masakan beliau tidak tahu – kerana kucing Siti Hasmah beranak pun Mahathir
tahu, inikan pula satu kejadian paling menggemparkan seluruh pemimpin negara dunia..!!
Tambahan
pula Mahathir adalah Menteri Dalam Negeri yang menjaga gerak-geri setiap anggota polis,
sehingga jika ada di antara mereka yang menerima rasuah walau RM1.oo cuma, Mahathir mesti
diberi tahu!! Jadi tidak ada siapa yang percaya PEMBOHONGAN beliau.
Tetapi,
tanggapan dunia terhadap DS Wan Azizah sama sekali tidak begitu. Kerana itulah, DS Wan
Azizah terus digeruni oleh Mahathir dan regimnya.
Pandangan dunia terhadap Wan
Azizah dan parti KeADILan dan Barisan Alternatif tidak boleh dianggap sebagai berlebihan.
Dunia memerlukan kebenaran, ketelusan dan bukti nyata untuk diyakinkan. Sebilangkali DS
Wan Azizah melawat kemana-mana, orang akan pasti akan bertanya mengenai “demokrasi dan
kepemimpinan di Malaysia”. DS Wan Azizah perlu bercakap benar!! Salahkah seorang wakil
rakyat bercakap benar?
Mahathir jangan Kecil Hati, OK?
Mahathir
tidak harus kecil hati; kerana Wan Azizah bukan saja isteri Anwar, malah beliau juga
adalah milik rakyat yang diwakilinya di Parlimen Malaysia. Kedudukan beliau dalam dua
kapasiti itu harus dinilai lebih tinggi berbanding dengan Mahathir.
Setakat ini
Mahathir tidak mampu menafikan dirinya untuk dilihat sebagai “Ketua Konspirasi Politik
” yang menyebabkan Anwar di FITNAH dan disingkirkan dari meneruskan khidmat unggul
beliau yang sangat diprihatini oleh seluruh rakyat negara ini.
Mahathir tidak harus
kecil hati; kerana hampir semua agensi berita asing (CNN, dll) pernah mengemuka dan
mengajukan soalan dan barisan pertanyaan yang sama kepada beliau. Malangnya Mahathir
menjawab dengan “kelentong” saja. Ini, bukan saja menimbulkan banyak lagi soalan yang
TIDAK terjawab dengan saksama; malahan dunia makin meragukan kejujuran Mahathir.
Dunia
makin merasakan bahawa makin banyak Mahathir berbohong dan cuba menyembunyikan fakta-fakta
benar dan cuba menganggap ‘he can fool everybody all the time”, makin itu Mahathir
dipandang tidak bercakap benar. Akhirnya, orang tahu, bukan saja Mahathir sudah jatuh
SEWEL; malah beliau sedang menganiyai dirinya, partinya, dan seterusnya seluruh rakyat
Malaysia!!
Kesan dari “kelentong” Mahathir yang makin ketara, kini timbul
tanggapan buruk di kalangan pemimpin dunia bahawa Mahathir dan pemimpin dalam regim beliau
seolah-olah tidak boleh dipercayai lagi. Alasan bahawa regimnya adalah “dipilih oleh
rakyat Malaysia” makin kurang diyakini apabila laporan pemantau pilihanraya pihak luar
mendapati bahawa ada bukti-bukti bahawa pilihanraya umum ke-10 tercemar dengan pelbagai
kecurangan.
Keadaan yang berlaku selama ini tidak dapat memberi Mahathir dan
regimnya kemampuan untuk menyanggah dan menafikan anggapan dunia bahawa “seolah-olah
Anwar itu saja yang menjadi pemimpin Malaysia, orang lain tidak boleh”. Memang nampak
sekarang bahawa “Anwar itulah saja yang menjadi pemimpin Malaysia – Mahathir tidak
boleh!!”
Walaupun setakat ini dapat ditafsirkan oleh regim Mahathir kununnya cuma
segolongan kecil saja yang memberikan sokongan terhadap Barisan Alternatif dan parti komponennya,
namun makin hari kian jelas bahawa kegelabahan Mahathir dan regimnya cuma membenamkan isu
Anwar telah menjadikan “Anwar” semacam “Raksasa Politik” yang sedang bergerak mara
ke hadapan untuk menumbangkan regimnya.
Mahathir Mendalangi
KELUCUAN!! Hahaha
Buktinya amat jelas, Mahathir sendiri sanggup BERBOHONG
dan MENGHASUT rakyat kununnya pemimpin parti KeADILan akan melakukan rusuhan besar-besaran
dengan merancang demo aman: BLACK14 (GELITA14). Kuala Lumpur dihuru-harakan oleh Mahathir
melalui jongos terkanannya: Dollah Bedawi. Dikerahlah kontinjen anggota polis – bagai
sebuah “Angkatan Perang”. Padahal, satu kejadian yang tidak diingini pun tidak
berlaku.
Sebaliknya, pemimpin parti KeADILan ditangkap polis pada jam 2.oo malam
dini hari di rumah sewaktu beliau, isteri dan anak-anak sedang nyenyak tidur. Dan yang
paling mentertawakan dunia, “molotov cocktail’ yang kununnya dijadikan senjata oleh
para demo, dan berita itu sengaja dibesar-besarkan oleh Perdana Menteri Mahathir; akhirnya
ditemui oleh pihak polis cuma sebuah “Pistol Air mainan” dari kocek seluar seorang
anak kecil yang bersiar-siar dengan orang tua mereka!! Kan itu nampak sangat Malaysia
dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang sudah 100% jatuh SEWEL?
Ha..ha..haha…..haiiiii…!!!!!!!! Bagaimana mahu menyekat dunia mentertawakan dia!?
Mahathir
Jangan Main ‘WAYANG’ lagi
Mahathir seakan-akan menjadikan seluruh
pemimpin Politik UMNO dan Barisan Nasional tidak beza seperti sekawan “anak bangsawan”
yang main cerita “Jula Juli Bintang Tiga”. Mahathir adalah pengarah pelakun terbabit
dari belakang tabir. Jika tidak mahu melakukan watak orang jahat, anda akan ditendang dari
pentas. Jadi, si Mamat (kebetulan asalnya memang orang baik-baik) terpaksa bertukar jadi
“jahat” demi kepentingan periuk nasi. Tapi yang sebenar si ‘tuan direktur’ itulah
paling BEDEBAH yang sengaja berdendam KESUMAT!!
Dalam konteks realitinya, sebagai
bukti yang paling jelas di pentas Politik Antarabangsa, ketika Duta Besar Malaysia ke Indonesia
ditanya “Apakah Malaysia melihat Wan Azizah sebagai orang berbahaya?”; sepantas kilat
Duta Besar M. Isa menjawab dengan terang, jelas dan tegas, "SAYA KIRA
TIDAK…!!"
Jadi soalan rakyat kepada Mahathir sekarang ialah, “Kemana lagi
muka Mahathir mau tarok?” Hahaha….Mari ketawakan DIA!!
Amin Sapiro
(Ahli
UMNO atas Pagar Berduri)
|